Thursday 8 November 2012

kuatlah syg...


Hidup di atas dunia ni pastinya ada masalah. 

Kadang-kala berat hingga tak mampu untuk bangkit lagi. :(  Itulah lumrah hidup.

Tetapi bersabarlah.setiap kesulitan pasti ada jawapan dan hikmahnya.

Allah memberikan hambaNya ujian mengikut keupayaan diri sendiri.

Semakin berat ujian itu terhadap hambaNya,semakin besar kasih sayangNya terhadap hambaNya itu selagi mereka benar-benar bersabar dan ikhlas dalam ujian tersebut.

Masalah yang ada semestinya perlukan kekuatan pada diri sendiri. Kekuatan untuk bangun,kekuatan untuk tersenyum dan seterusnya kekuatan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jangan pernah lari untuk berdepan dengan masalah kerana orang yang takut untuk berdepan dengan masalah tersebut adalah orang yang pengecut.

ingat tak kita dengan perjuangan Rasulullah s.a.w? Baginda sering berdepan dengan ujian dan dugaan dimana Baginda sering dimaki,dihina...tapi Baginda tetap sabar..sebab Baginda tahu Allah ada disisinya. Rasulullah yakin Allah sentiasa ada untuk menolongnya..

Allah sayang sangat kat hamba-hambaNya..Dia tak akan memberati seseorang melainkan mengikut kemampuan masing-masing..


walau apa pun dugaan yang datang,itu tanda Allah sayang kat kita,Dia mahu hamba-hambaNya dekat dengan Dia,,AllahuAkbar..

innaLLahamana..:) <3 <3

No comments:

Post a Comment