Sunday 30 June 2013

saudara-saudara kita di sana...

ismail haniyeh, perdana menteri palestin pernah mengatakan: " serahkan kpd kami urusan alAqsa, kmi akn menjaganya dgn seluruh kehidupan kami. tpi hulurkanlah bantuan kpd kami"...

Lihatlah, ikhwan kta disana mnawarkan nyawa, suatu bnda yg x ternilai sbg bayaran m'bebaskan bumi anbiya' yg hari ni kta pndg biasa..Allah..apa pengorbanan kita?

teringat stu program yg btul2 mengingatkanku ttg saudra kita di syria..
"apa itu jihad?" kamu kata tadi nak jihad perlukan pengorbanan..bkn skdr ucpan di mulut sja...skrg tolong bagi sesuatu yg kamu ada sekarang utk kmu korbankan, nk bntu saudra2 kta di syria...


ad yg bagi selipar,kasut,ada juga yg menawarkan diri utk berjihad di sana..

kakak-kakak fasi menegur takkala masih ramai lagi yang belum memberi apa-apa.

"ya Allah...lambatnya awak semua bertindak, awak tahu tak sekarang ni ramai yg sedang disembelih?
tadi kata nak berjihad, jihad apa kalau taknak korbankan apa-apa..awak tak kesian ke tengok saudara-saudara kita kat sana?

kata-kata itu mengejutkan aku dari lena. ya, kat facebook aku post tentang saudara-saudara kita kat syria disembelih, diseksa oleh syiah. kadang-kadang da rasa jemu nak tengok semua tu, Allah.. sedar atau tidak semua itu berkaitan akidah kita. mereka kat sana mempertahankan akidah, sedangkan kita disini tak memberi apa-apa. mengambil tahu pun tidak, untuk menolong apatah lagi.

suka sangat kata nak berjihad, tapi apabila terkena macam tu, tak tahu nak buat apa-apa..malunya pada Allah..

jihad bukan sekadar di mulut, di facebook, atau laman sosial yg lain, tapi perlukan pengorbanan, bantulah saudara-saudara kita di sana.. 

dgn harta - salurkan bantuan kpd mana-mana misi kemanusiaan..
dgn jiwa raga- sanggup pergi berjuang ke sana m'bantu saudara2 kita spt terlibat dalam aqsa syarif..
bantu dgn berdoa agar mereka selalu dalam lindungan Allah, dimudahkan urusannya, dibebaskan dengan kebebasan yang HAQ.


Wednesday 29 May 2013

أمي وأبي




                                                  
     ..!!هذه الصورة امي وابي..جميلة..أليس كذلك؟ احبكما جدا يا ابى و امي!!
.."اللهم اغفرلى والوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا.."
آمين... ^__^


Saturday 25 May 2013

    لا تستطيع ان تشقيني

غاضب رجل زوجته،
وقال لها متوعدا : لأشقينك !
 فقالت في هدوء : لا تستطيع أن تشقيني ،
 فقال لها: كيف ذلك؟
 قالت : لو كانت السعادة في مال لحرمتني منه ، أو في حلي لمنعته عني، ولكنها في شيء لا تملكه أنت ولا الناس، إني أجد سعادتي في إيماني، وإيمتني في قلبي، وقلبي لا سلطان لأحد عليه غير ربي.


   

قال لي والدي 

     يا بني!،" من حلم ساد"، فإذا غاظك شخص فلا يجمع لسانك بالشتم ، ولا يدك بالضرب، ولا تسرف في الغضب، بل أعتصم بالحلم، فإنه شرف وفخر.


  يا بني! "من ساء خلقه ضاق رزقه"، أي من يسئ معاملة أصحابه، ويقس عليهم ، ولا يبش في وجوههم   ينفرهم  منه، فيضيق رزقه الله بعضهم بعض.

  يا بني! " صل رحمك" أي أهلك وأقرباءك، فإنهم بمنزلة الأعضاء للجسم، ولا بقاء للجسم تقطعت أعضاؤه. فإن كنت تحب أن يبسط الله رزقك، فصل رحمك بتعليم جاهلهم، ومساعدة ضعيفهم، وسد حاجة فقيرهم.


Tuesday 14 May 2013

Bagaimana mahu berjumpa Rasulullah s.a.w dalam mimpi?


Pada suatu hari, seorang pelajar datang bertemu tuan gurunya kerana ingin bertanya suatu soalan yang sangat penting.

“Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan kepada saya tentang caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi saya”  Tanya pelajar itu kepada tuan gurunya.

“Engkau mahu melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpimu?”  Tuan guru bertanya semula.

“Ya, wahai tuan guru”  Jawab pelajar tersebut dengan sungguh-sungguh.

“Jika begitu.  Marilah datang ke rumah saya malam ini.  Kita makan malam sama-sama ya…”  Jemput tuan guru kepada pelajarnya yang bertanya itu.

“Apa?  Ma Sya ALLAH, ini sudah bagus, rezeki”  Pelajar tersebut terkejut dan gembira dengan pelawaan tuan gurunya itu.

Lalu pada malamnya si pelajar itu datang ke rumah tuan gurunya untuk mendapatkan jawapan yang ditanya itu, iaitu bagaimana untuk berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi.  Beliau sangat mengharapkan tuan gurunya yang alim dan murobbi itu dapat memberikannya jawapan.
Tuan guru menjemput pelajar itu makan makanan yang dihidangkan.  Tetapi makanan yang disediakan itu sengaja dilebihkan garam dan beliau tidak pula menyediakan air untuk pelajar tersebut minum.

“Boleh saya minta air?  Saya dahaga, wahai tuan guru”  Pinta pelajar tersebut yang berasa haus disebabkan oleh kemasinan makanan yang disediakan.

“Oh tidak, air tidak dibenarkan”  Jawab tuan guru.

“Tetapi tuan guru, saya berasa sangat dahaga.”  Pelajar itu memberitahu keadaannya yang sedang mengalami kehausan.

“Tidak, air tidak dibenarkan.  Makan sahajalah”  Tuan guru bertegas lalu memintanya teruskan makan.

“Baiklah tuan guru.”  Pelajar tersebut akur.

Setelah selesai makanan, pelajar itu pun meminta agar jawapannya dijawab oleh tuan gurunya.

“Tuan guru, mengenai soalan saya siang tadi.  Boleh tuan guru ajarkan kepada saya bagaimana untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi”  Pelajar itu bertanya.

“Oh, tidak.  Bukan sekarang.  Saya tidak akan ajar kamu tentang itu sekarang.”  Jelas tuan gurunya dengan lembut.

“Habis tu, bila wahai tuan guru?”  Tanya pelajar itu dengan nada sedikit kecewa.

“Tidurlah sekarang.  Nanti sebelum Subuh, insyaALLAH saya akan tunjukkan kepada kamu bagaimana caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi”  Jawab tuan gurunya sambil memujuk.

Pelajar itu pun lalu tidur dengan harapan Subuh nanti beliau akan memperolehi suatu pelajaran yang sangat beliau nantikan.  Beliau benar-benar ingin bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, tetapi tidak tahu caranya.

“Wahai anakku, marilah ke sini…”  Tuan guru memanggil pelajarnya setelah mereka sama-sama bangun sebelum Subuh.

“Ajarlah saya wahai tuan guru tentang bagaimana untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi!”  Pelajar tersebut tanpa bersabar terus meminta agar diajarkan beliau dengan suatu ilmu yang besar itu.

“Nanti dulu.  Sebelum itu saya ingin bertanya adakah kamu melihat apa-apa malam tadi di dalam mimpi kamu?”  Tanya tuan guru dengan wajah yang manis.

“Ya, ada.”  Jawab pelajar tersebut ringkas.

“Apa yang kamu lihat?”  Tanya tuan guru lagi.

“Wahai tuan guru, saya telah melihat hujan yang lebat turun dari langit, sungai mengalir dan laut berombak pula berada di hadapan saya”  Pelajar itu menjelaskan apa yang beliau lihat di dalam mimpinya.  Ternyata beliau sangat senang sekali dengan apa yang dilihatnya.

“Benarlah wahai anakku.  Engkau telah bercakap benar.  Engkau telah bercakap benar.  Dan engkau juga mempunyai niat yang benar.  Maka sebab itulah mimpi engkau juga benar.”  Tuan guru lalu memberikan respon terhadap jawapan pelajarnya itu.

“Dan jika cintamu benar terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka engkau akan dapat melihat Baginda di dalam mimpi sebagaimana benar dan kuatnya perasaanmu terhadap air tadi.”  Tuan guru menyambung lagi.

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.  Kisah tersebut membuka suatu pertanyaan yang besar buat kita yang perlu kita sendiri muhasabah dengan jawapan tersebut.

Benarkah kita cintakan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam?  Sudahkah kita mengamalkan sunnah-sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam?  Sejauh manakah kita menjauhi kesemua larangan-larangan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam?  Dan istiqamahkah kita mendo`akan solawat buat junjungan mulia sallAllahu `alaihi wasallam?

Agaknya sebab itulah kita belum direzekikan ALLAH Ta`ala buat kita untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi disebabkan keadaan kita yang belum betul-betul cintakan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Sheikh Muhammad Hassan selepas menyampaikan kisah tersebut lalu mengajak kita semua bermuhasabah:
“Berkemungkinankah untuk Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam datang di dalam mimpi seseorang yang makan dari makanan yang haram? Seseorang yang matanya melihat perkara yang haram? Seseorang yang lidahnya menipu?  Seseorang yang terlibat dengan riba?  Seseorang yang munafiq?  Adakah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam akan datang kepada orang-orang ini???!!!
Tidak!  Sama sekali tidak!  Demi ALLAH, Baginda sallAllahu `alaihi wasallam tidak akan datang melainkan kepada orang yang Baginda sayangi…!”

Sheikh Muhammad Hassan seterusnya menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan seorang ibu tua berumur 70 tahun yang tinggal di sebuah rumah usang yang hanya diperbuat dari tanah liat.  Keistimewaan ibu tua ini ialah pada setiap malam beliau dapat berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi.  Antara amalan yang selalu dilakukan ialah beliau tidak pernah berhenti dari bersolawat ke atas Baginda sallAllahu `alaihi wasallam.  Setiap saat yang ada, beliau sentiasa bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Selain bersolawat sepanjang masa, Sheikh Muhammad Hassan juga memberi nasihat, untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, hendaklah kita semua menguatkan rasa cinta kita kepada Baginda.  Samalah seperti air di dalam kisah di atas.  Seseorang yang sangat mendambakan sesuatu akan terbawa-bawa hingga ke dalam mimpinya.

Dan cara menguatkan cinta bukanlah hanya dengan mempunyai perasaan cinta sahaja.  Ia mestilah disertai dengan mengikuti sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Iaitu dengan mahabbah (cinta) dan ittiba` (ikut) Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Tidak ada cara lain lagi.  Untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, hendaklah diterapkan sekuat-kuatnya rasa cinta dan ikut Baginda.  InsyaALLAH, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam akan datang bertemu dengan mukmin yang betul-betul cinta dan ikut Baginda.  Semoga kita semua dapat memperbaiki diri kita dalam hal menghayati sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Dan mudah-mudahan kita semua digolongkan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai ummat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang dapat bertemu dengan Baginda di kolam al-Haudh di Padang Mahsyar dan bersama dengan Nabi di kolam al-Kautsar di Syurga nanti, amin…
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.