Monday 6 January 2014


bismillahirrohmanirohim..

salahkah kalau kita berdoa untuk mendapatkan jodoh yang lebih baik?(lebih baik agamanya,akhlaknya)
dalam masa yang sama kita berusaha untuk menjadi lebih baik.

analogikan: kita mahu mendapatkan baju yang berharga, cantik, yang selama-lama ini yang kita impikan, hanya ada satu dalam dunia. namun melihatkan wang yang kita ada, melenyapkan rasa untuk membelinya. jangan! berusahalah untuk mendapatkannya, mana tahu memang ia tersedia untuk kita. berusaha untuk mendapatkan duit. dalam masa yang sama berdoa kepada Allah moga2 ianya memang untuk kita.

jelas bukan?

teringat teguran sahabat yang baru dilamar.
“doalah syah..doa…” tersenyumku sendirian.

yang penting jangan “bercouple”, sbb bila kita menjaga, dia PUN TERJAGA..

kita nak bina rumahtangga yang bahagia, yang penuh sakinah dan barakah, bermula dengan diri kita sekarang,bukan mudah,tanggungjawab kita dengan Allah, ibubapa, suami/isteri dan anak-anak nanti.
nak lihat anak kita bagaimana masa depan nanti, lihatlah siapa dan bagaimana kita hari ini.

road to mardhatillah^^