Thursday 15 December 2011

JAUHI SIFAT PEMARAH

sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita spt hasad dengki,pemarah juga adalah mazmumah yakni sifat terkeji. ia blh memecahbelahkan hati-hati manusia. sebab itu seorang yg pemarah adalah seorang yg biadap terhadap sesama manusia dan juga biadap terhadap Allah s.w.t.

KENAPA MESTI MARAH?

setiap kesilapan dan kelemahan manusia kepada kita adalah ujian untuk kita. Allah mahu lihat siapa yg mampu menahan rasanya krn malu pd Allah sambil mengucapakan'wainnalillahiwainnailaihirajiun'.

mari kita lihat bagaimana tindakan seorang Mukmin sejati terhadap takdir-takdir brk yg menimpa hidupnya.

Ahnaf bin Qais adalah seorang yg sgt lemah-lembut. beliau ditanya orang dgn siapa dia belajar berlemah lembut itu?

Ahnaf menjawab 'dgn Qais Bin Asim iaitu pd suatu hari ketika Qais bin Asim sedang berehat-rehat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yg masih panas.

belum sempat dileteakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu terlepas jatuh menimpa anak kecil Qais.

menjerit-jeritlah si anak,kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dgn tenang melihat kejadian yg menyayat hati itu dan berkata kpd hamba yg pucat mukanya ' aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu,ttp mulai hari ini kamu aku merdekakan'

'begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim' kata Ahnaf bin Qais.

bukan Qais tdk sygkan anaknya ttp hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah,sentiasa sabar dgn Allah,redha dgn Allah serta rasa kehambaannya pd Allah,rasa malu,hina dan takut dgn kekuasaan Allah membuatkan Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya.

Hati Qais memandang kejadian itu sbg ujian Allah keatasnya barangkali utk penghapusan dosa atau utk mengangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t. kerana itu hatinya tenang.

Dia (Qais) redha dgn ujian itu malah dgn ujian itu Qais rasa mendapat peluang utk mendekatkan lagi hatinya dgn Allah s.w.t sebab itu dia tidak nampak lagi keslahan hambanya.

Bukan shj dia tidak marah malah rasa kasihan pada hambanya yg ketakutan itu memaksa Qais membebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentadbiran Allah yg wjb diterima tanpa soal jawab dan tanpa 'kalau' lagi.

Demikian rasa kehambaan yg menghiasi hati dan roh Qais,seorang yg ckp berakhlak terhadap Allah s.w.t dan terhadap manusia(hambanya)

Demikian rasa marah lahir dari perasaan ketuanan yg ada pd diri kita .kita rasa kita yg lbh bsr,kita lbh mulia,lbh hbt dr yg lain.

jadi tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita jadi pemarah. kita akan berlemah lembut,memaafkan kesalahan orang lain dan bertolak-ansur dgn sesama manusia.

Allahlah yg mencantikkan kita kemudiannya diberi sedikit kelebihan,kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sekejap shj. tujuannnya supaya kita dpt beribadah dan berbakti menurut kehendakNya.

oleh:Ustaz Haji Asyaari Muhammad

nota kaki:jauhilah sifat pemarah krna ia juga sifat yg disukai syaitan.nauzubillah..