Thursday 8 November 2012

bangkitlah...jangan mudah mengalah...





''..Ummah sedang parah,dan Da'ie mahu rebah..?''

Muhammad Adam,pelajar tahun kedua jurusan undang-undang menutup perlahan-lahan pintu bilik Gerakan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang.nafasnya dihembus perlahan.rasa lega dan tenang yang diharapkannya,rupa-rupanya tak kunjung tiba.perlahan-lahan,Adam menapak ke arah deretan manusia yang sedang menunggu bas di hentian bas kolej Perindu.langkahnya layu,lemah sekali.bait-bait kata dan luahan perasaan yang di lontar semasa meeting terakhir bersama calon-calon pilihan raya kampus 2012/2013 bagai terngiang-ngiang di benaknya,seolah-olah mengocak kembali pendiriannya.

''..ana dah buat keputusan,ana nak tarik diri daripada pencalonan ni.muktamad.'' mesyuarat menjadi panas seketika.wajah adam dipandang seakan mahu ditelan.tak terdaya olehnya membalas pandangan dan renungan mata-mata manusia itu.pandangannya jatuh pada meja mesyuarat.

'ahh,lupakan sahaja semua ni.keputusan dah dibuat,untuk apa difikirkan lagi',rengusnya perlahan.yang pasti,semua ni dah lepas,fikirnya lagi.

''adam..!''

adam berpaling,terlihat olehnya abang Iman,Yang di Pertua Kolej Perindu sedang melambai-lambaikan tangannya.derap langkah kakinya laju menuju ke arah senior merangkap naqib usrahnya itu.tangan berjabat mesra.senyuman plastik terukir di bibirnya.manis.

''sihat?'',tanya Iman mesra.

''ana nampak sakitkah?'' balas adam perlahan.nafas dihembus laju.pandangannya jatuh pada mahasiswa-mahasiswa yang berderetan menuju ke bangunan Cempaka 2.ke kelas agaknya,fikir adam lagi.jam sudah menunjukkan pukul 1.50 tengahari.tepat.

''mana tau,di luar nampak sihat,tapi batinnya menderita..'' iman sekadar berbasi-basa.

''ana tarik diri'' balas Adam.Iman terdongak,wajah sahabatnya dipandang sekilas.sudah di agaknya, pasti ada sesuatu yang tidak kena.Masakan tidak,wajah Adam yang dikenalinya sebagai seorang yang ceria dan sentiasa bersemangat itu kelihatan gusar,jelas menggambarkan kekusutan yang di alaminya.

''di saat-saat akhir begini?'' tanya iman lagi.ingin mencungkil lebih dalam,perlukan kebijaksanaan.nak mendekati golongan mad'u yang bermasalah pun perlukan uslubnya,samalah juga halnya apabila berhadapan dengan golongan yang sudah mampu berfikir baik dan buruknya seperti adam.berfikir dan berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata.bijaksana dan berhemah itu sememangnya penting.di mana-mana sahaja,itu yang dipraktikkannya.

''ya,di saat-saat akhir ini..ana dah buat keputusan yang muktamad.ana rasa ana tak mampu,akhi.ana rasa ana masih belum kuat untuk berhadapan dengan cabaran dan mehnah yang terlalu banyak.pergaulan antara siswa dan siswi,ana rasa ana tak mampu nak ubah semua tu..mungkin orang lain kuat dan lebih layak dari ana..''

Iman tersenyum.setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut adam,didengarinya dan diperhalusinya satu persatu.dia bagaikan dapat mengagak permasalahan adam yang sebenarnya.

''sememangnya dari dulu lagi,ana harus sedar semua ni,bukannya sekarang,baru menyesal...ana harus tau sejauh mana kekuatan ana.ana jelas gagal,akhi.ana tak mampu..'' keluhan berat dilepas adam.mereka langsung tak menghiraukan siswa siswi yang lalu lalang.

iman menarik nafas panjang.sudah tergambar apa yang dirasakan oleh adam tika ini.

''dan sekarang enta rasa tak tenang,begitu?enta merasa bersalah,kan?tak,ana silap..enta tak merasa bersalah sebenarnya,tapi enta merasa serba salah..itu dua perkara yang berbeza.''tukas Iman.

''apa maksud akhi iman?salah anakah jika ana membuat keputusan untuk menarik diri?lebih baik ana mengundur diri daripada ana mengkhianati amanah nanti...sudah jelas tak mampu,tarik diri sajalah..'' luah adam lagi,kesal.

''enta terlalu mudah mengaku kalah sebelum berjuang.belum pun mengangkat dan merasakan beratnya senjata,enta sudah pun mengisytiharkan kekalahan dan kelemahan diri enta.inikah sifat seorang muslim yang mengaku dirinya seorang pejuang?lari dari medan tempur itu jelas sifatnya pengecut,adam'' Iman menambah.direnungnya wajah adam penuh kasih.kekeruhan dan kekecewaan itulah yang dulunya pernah dialaminya.tapi dirinya bersyukur,dia masih sempat ditarik oleh sahabat-sahabatnya daripada terus rebah,tersungkur menyembah bumi,sedang yang lain terus mara,meski ujiannya hebat.mehnahnya pelbagai.sungguh,derita perjuangan itu sememangnya banyak mengajarnya erti dan hakikat sebuah perjuangan.lelah tak terkira.sering bertemankan air mata.tapi itu yang manis..pun begitu,masih belum tergambar olehnya bagaimana hebat dan besarnya perjuangan yang di bawa oleh Nabi muhammas s.a.w dan para sahabat tika membawa islam dahulu.pasti jauh lebih hebat dan besar.

''ummah sedang parah,dan enta sudah mahu rebah..?'' sambung iman lagi.

''tapi ana rasa ana tak mampu dan tak kuat untuk menghadapi semua ni...'' adam bertegas.persoalan akhi iman sebentar tadi bagai mengocak semula pendiriannya.salahkah keputusannya?pengecutkah aku?

''ana rasa ini bukan sifat enta yang sebenarnya...di mana adam yang ana kenal dahulu?di mana adam yang sentiasa bersemangat,sentiasa berfikiran positif tika dilanda masalah?di mana adam yang selalu meletakkan gantung harapnya pada tuhan semata?di mana munajat malam adam itu?di mana zikirnya tika hatinya resah...?di mana bacaan quran adam itu,sehingga dirinya menjadi lemah seperti ini?sudah hilangkah adam yang itu?'' iman mengasak dengan persoalan yang bertubi.dilihatnya adam mula mengeluarkan air mata,tak menghiraukan pandangan aneh manusia yang menjeling.

bas sudah tiba.adam mengesat air matanya.mereka menyusup perlahan ke dalam bas.mujur,tidak ramai mahasiswa yang berebut untuk menaiki bas tika ini.

iman duduk bersebelahan adam.

''kalau begitu,bantu ana akhi iman..''

''apa yang harus ana lakukan?'' tanya adam lagi.

iman menarik nafas lagi.kemudian dihembus perlahan.tangan adam diraihnya.

''lupakah enta pada kalam allah di dalam al quran :adakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman,dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta(surah al-ankabut:ayat 1-3)..adam,sememangnya kesusahan dan keperitan itu adalah asam garam dan rencah dalam kehidupan.tak akan dinamakan perjuangan jika tak ade kesusahan..tak akan dinamakan perjuangan kalau diri masih diselimuti gebar mewah,berjalan sombong di atas keperitan dan penderitaan orang lain,sedang kita pula berseronok dengan jawatan yang disandang...tak dinamakan perjuangan kalau diri masih diulit angan-angan untuk bersenang lenang di hari muka.dan tak di namakan perjuangan kalau diri tak sanggup berkorban...berkorban segenap harta dan jiwa.bukan setakat berkorban masa dan tenaga sahaja..''

iman menamatkan ayat terakhirnya apabila bas sudah pun berhenti di hadapan bus stop kolej mawar.mereka berjalan beriringan menuju ke Dataran Cendikia.perut yang lapar harus juga diisi.deretan kafe di dataran cendikia bagai menggamit dan melambai mahasiswa2 yg baru selesai kuliah.

''nun,di sana..enta tak nampakkah sahabat2 kita yg sangat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan kita?maukah enta melepaskan tanggungjawab enta semata-mata beralasankan tak layak dan tak mampu,sedangkan enta belumpun mencuba?''
tanya iman lagi,sambil telunjuknya mengarah pada kelompok-kelompok siswa dan siswi yang tanpa segan silu duduk berdua-duaan di meja kafe.

adam mengangguk.terasa kerdil dan hina dirinya sekarang.malu dirinya di hadapan seniornya itu.padahal tanggungjawab yang bakal digalasnya tidaklah sebesar dan sehebat akhi iman.akhi iman,senior yang menjawat pelbagai jawatan penting di dalam dan luar kampus,ternyata masih gagah dengan keputusan dan pointer yang tidak kurang hebatnya tiap kali keputusan final exam dikeluarkan.masih mampu mengendong tanggungjawab dan tugas sebagai seorang pelajar dengan sebaiknya meski dirinya terikat dengan lambakan mesyuarat dan tugas yang tidak pernah selesai.

''ana tak tahu apa yang harus ana ucapkan sekarang.ternyata masih banyak yang ana perlu ubah mulai sekarang...''luah adam.

''akhi,ana juga ingin menjadi seperti akhi...''getusnya lagi,perlahan.

iman tersenyum,ternyata cubaannya berhasil.alhamdulillah.pujian dipanjatkan.

''erm,ana teringat satu kalam mutiara daripada seorang yang ana sangat kagumi.katanya,manusia mudah benci apa yang mereka jahilkan...berdoalah,dan letakkan pergantungan enta hanya pada alllah semata.insyaallah,enta takkan lemah.takkan rebah lagi.percayalah adam''

''mungkin enta memerlukan buku ini.ambillah,ana hadiahkan pada enta.bacalah..
ana sudah lapar ,jom makan...''kata iman sambil menyerahkan buku bertajuk Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah,karya ust fathi yakan.

sebelum bergerak mara,adam lebih pantas bertindak.diraihnya tubuh iman dan dipeluknya erat.''syukur ya allah kerana ana dipertemukan dengan akhi...'' adam tak menghiraukan pandangan manusia lain.yang pasti,hatinya kini mulai terasa tenang,syukur ya allah...

mereka lantas menuju ke kafe yg berdekatan.kedua-dua insan itu nampaknya tersenyum bahagia,sambil bergurau senda.itulah mujahid2 yang sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran,dan sentiasa berpesan-pesan pula pada kesabaran.

sekadar perkongsian daripada seorang sahabat kpd sahabat..

1 comment: